Saturday, October 19, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

Miza, Motosikal dan Anjing

Masam manis kehidupan. Kadang kita rasa manis (bahagia dan gembira) terkadang kita rasa masam (sedih dan marah) Lumrah semua manusia akan merasai perasaan sebegini. Tapi apa yang nak dikaitkan dengan cerita dan gambar dari Instagram ini? Beginilah ceritanya...

Pagi yang indah membuatkanku tersenyum kerana tahu pagi ini kumpulkanku akan membuat sesi mengambil gambar potret, swafoto dan simpulan bahasa. Gembira hati untuk bertemu ahli kumpulan. Dalam perjalanan ke fakulti, hati girang sempatku menyanyi lagu Pop Ye Ye. Pada mulanya perjalanan tersebut gembira namun perjalananku terhenti apabila melihat kelibat anjing. Ketika itu perasaanku masih berani kerana aku hanya melihat seekor sahaja anjing jadi aku teruskan perjalanan. Tiba-tiba semasa lalu dihadapan anjing itu baruku nampak ada lagi dua ekor anjing dibelakangnya. Kesemua anjing yang pada mulanya baring di tepi jalan itu bangun dan mahu mengejarku.

Keadaan tersebut membuatkanku menjadi cemas. Dengan pantas aku memulas motor supaya anjing tidak dapat kerja. Kebiasaanya motor akan lebih laju dari anjing namun kali ini sangkaanku meleset. Anjing tersebut sudah menghampiri motorku. Perasaan takut hanya Allah sahaja yang tahu. Segala surah yang terlintas ku baca. Lama-kelamaan anjing tersebut berpaling ke tempat lain. Mungkin anjing-anjing itu sudah bosan mengejarku. Selepas dari itu tidak berhenti-hentiku ketawa kerana memikirkan gelagatku semasa dikejar anjing. Pengalaman ini akan diceritakan kepada anak-anakku kelak. 





Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Di Dalam Kelasa Bahasa


Blog di dalam kelas. Apakah itu blog?

Bermulanya penulisan blog ini pada tahun 1992 di dalam World Wide Web yang dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi maklumat. Tiga ciri utama blog dimulakan  iaitu mengandungi pautan ke are yang lain dalam web, mempunyai komen pautan dan interaktif serta saling berkait. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) Blog ialah suatu tempat perbincangan bertulis tidak kira secara formal atau tidak formal. Blog boleh digunakan bagi kegunaan peribadi seperti tujuan perniagaan dalam mempromosikan produk yang diinginkan.

Blog juga merupakan laman web yang mudah untuk digunakan oleh semua orang kerana laman web ini bersifat mesra pengguna. Hal ini kerana, laman web ini mudah digunakan oleh semua pihak tidak kira umur. Blog membolehkan penulisnya untuk berinteraksi bersama masyarakat walaupun hanya di dalam tulisan sahaja. Penulisan blog merupakan aktiviti yang mampu membantu pelajar untuk meningkatkan keyakinan dan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus menulis tidak kira secara formal atau tidak di dalam blog (Li & Chingnell, 2010). Pelajar juga akan berasa seronok dan selesa menulis di dalam blog kerana blog tersebut dibuat secara peribadi dan hanya pembaca yang dijemput sahaja yang dapat melihat blog mereka.

Kajian mengenai blog telah dibuat oleh beberapa orang pengkaji. Menurut Fredig dan Trammel (2004) blog dijadikan tempat dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca dan penulis blog dengan penulis blog yang lain. Blog yang menggunakan teknologi dapat memberi latihan yang berguna berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk memperibaiki penulisan pelajar (Williams, 2004). Penulis blog dapat membantu elajar lebih mahir untuk menulis kerana penulisan blog dapat meningkatkan keyakinan mereka. Zaini et al. (2009) mengatakan blog dapat memberi peluang kepada penulis untuk belajar mengenai idea, tatabahasa, struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara susunan penulisan mereka. Pengkaji lain juga dapat mengkaji perbezaan penggunakan bahasa lelaki dan perempuan daripada penulisan blog mereka.

Zaini Amir et al. (2012) telah membuat kajian mengenai bahasa di antara lelaki dan perempuan tersebut. Daripada kajian tersebut mendapati bahawa bahasa yang digunakan oleh lelaki dan perempuan yang menulis blog selalunya tidak formal serta sama dengan bahasa percakapan harian. Daripada kajian tersebut mendapati terdapat perbezaan penggunaan bahasa dalam kalangan penulis blog remeja berkemungkinan dikaitkan dengan jantina. Menurut Wong & Woo (2009)  penulisan blog dapat membantu pelajar untuk menulis dengan baik dan lebih fleksibel. Mereka juga berpendapat blog mampu memudahkan komunikasa dua hala antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru yang mengajarnya untuk berinteraksi. Penulisan blog menjadi lebih terkenal kerana blog tersebut privasi dalam masa yang sama penulis dapat meluahkan apa sahaja idea yang mernarik untuk dikongikan. Kajian oleh pengkaji Ruzy Saliza (2007) menunjukkan penulisan wanita semasa menulis blog amat hebat kerana menggunakan ayat-ayat yang menarik dan sangat baik. Maka terbukti bahawa penulisan blog mampu membantu pelajar untuk terus menulis dengan baik dan lebih yakin untuk menulis.


Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA


Keluarga saya


Saya merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Keluarga saya sangat bahagia walaupun ahlinya tidak terlalu ramai. Di dalam keluarga saya mempunyai seorang abang, seorang kakak dan seorang adik lelaki. Namun pada tahun 2012, Saya telah kehilangan kakak yang saya sangat sayangi. Walaupun perkara tersebut sudah lama berlaku, tapi saya tidak pernah lupakan kakak saya. Setiap kali melihat orang lain bersama kakaknya, saya merasa sedikit cemburu tapi saya berfikir dengan positif bahawa Allah lagi menyanyangi kakak saya. Abang saya merupakan seorang guru. Walaupun jarak umur kami jauh tapi kami tetap akrab. Abang tidak lagi tinggal bersama kami kerana dia sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Adik saya pula sama seperti saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Kami berdua sama sedang berada di tahun akhir belajar. Saya dan adik berusaha untuk mencapai kecemerlangan bagi memastikan kedua ibubapa saya gembira dengan keputusan yang kami capai. Tolong doakan saya dan adik dapat membanggakan ibu bapa dan dapat kerja yang baik. Semoga doa yang baik akan berbalik kepada anda semua juga 😉😉

Keluarga kecil saya 😊

Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH





TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

Antara tips untuk belajar dengan mudah ialah belajar pada waktu pagi atau selepas waktu subuh. Apabila kita belajar pada waktu pagi suasananya tidak sama seperti kita belajar pada waktu yang lain. Hal ini kerana, pada waktu pagi suasana nyaman dan memudahkan kita untuk fahami apa yang mahu dipelajari. Selain itu, belajar pada waktu pagi juga lebih mudah untuk masuk ke dalam otak kerana kita baru sahaja bangun dari tidur dan fikiran kita pada waktu itu tenang. Ketika kita belajar pada waktu ini juga tiada gangguan yang akan mengganggu kita jadi mudah untuk kita memahami dan mendalami apa yang ingin dibelajar. Lebih baik sekiranya kita belajar pada selepas waktu subuh. Hal ini kerana, sekiranya kita memilih untuk tidur berbanding berjaga untuk belajar rezeki sukar dicapai. Cuba untuk menghafal pada waktu ini, menghafal pada waktu ini tidak sama seperti waktu lain 


Selain dari itu, cara mudah untuk kita fahami ialah dengan membuat nota ringkas. Nota ringkas ini memudahkan kita untuk memahami dan senang untuk dibawa ke mana sahaja nota tersebut. Sebelum membuat nota ringkas itu, kita haruslah mendalami subjek tersebut dahulu sebelum kita membuat nota. Sekiranya sudah memahami subjek tersebut mudah untuk kita menulis nota. Nota ringkas ini juga boleh dibuat dengan menulis menggunakan warna-warna yang menarik. Tulisan yang mempunyai warna akan menarik minat kita untuk lebih suka dan gembira untuk membca nota tersebut walau dimanapun kita berada.



SEMOGA PERKONGISAN INI DAPAT MEMUDAHKAN ANDA YANG MEMBACA UNTUK BELAJAR DAN SELAMAT MAJU JAYA 😊😊

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Birds eye view (Gadis Trex Production)


Birds eye view merupakan gambaran seperti yang dilihat oleh mata burung yang sebenar. Gambar tersebut mestilah jelas dan kelihatan semua yang ingin difokuskan.

Berikut merupakan contoh birds eye view:


Bagi mendapatkn gambar ini, seorang dari ahli kumpulan kami telah cuba untuk naik ke tingkat yang paling tinggi di hotel yang dia menginap. Gambar ini menunjukkan kawasan persekitaran yang cantik dan mampu membuat siapa yang melihatnya ingin terus lompat ke kolam renang. Gambar ini menunjukkan betapa indahnya pandangan dari atas. 


Gambar ini telah diambil dari tingkat paling atas di Kolej 12. Burung yang berada di bumbung juga akan melihat seperti mana gambar ini diambil. Di dalam gambar ini kelihatan dengan jelas bahawa pelajar merupakan menyusun motornya dengan rapi. Dari atas juga dapat lihat keindahan yang ada di kolej serumpun. 


Dari gambar ini dapat dilihat dengan jelas kesesakan yang berlaku di tengah ibu kota. Gambar ini juga menunjukkan betapa menariknya ibu kota walaupun jalan yang sesak. Mereka di dalam kereta ini mesti sudah tidak sabar untuk menuju tempat yang diinginkan sama juga yang sedang mengambil gambar ini tidak sabar untuk balik berat etelah penat seharian mengambil gambar. 

BBM3410Satu2019: Over the shoulder (Gadis Trex Prodiuction)


Over the shoulder merupakan gambar yang diambil dari belakang bahu seseorang dan kelihatan sesuatu berada di hadapanya. Berikut merupakan contoh over the shoulder.


Gambar ini menunjukkan ahli yang tidak tahu hala tuju apa yang ingin dilakukan di dalam gambar ini. Dua orang yang tidak menahan kepanasan dan tidak sabar untuk menghabiskan pengambilan gambar berlaku. Ada yang sedang termenung dan memikirkan apa yang ingin dia makan selepas sahaja gambar diambil. Walaupun gambar seperti tidak tersusun tetapi semua di dalam ini gembira dengan hasil gambar yang cantik.



Bagi mendapatkan gambar yang cantik, semua sanggup menaiki tangga yang berliku-liku. Walaupun masing-masing sudah kepenatan namun gagahkan juga perjalanan untuk mendapatkan hasil yang menarik. Di dalam gambar ini kelihatan mereka semua sedang melihat berapa banyak tangga lagi untuk mereka naik. Walaupun sudah penat "posing" tetap akan diutamakan.


Swafoto dan tunafoto sudah selari dengan kehidupan setiap wanita. Walaupun di mana mereka berada walaupun di tengah jalan yang penuh dengan manusia mereka sanggup berhenti bagi mendapatkan gambar yang cantik dan menarik. Di dalam gambar ini kelihatan seorang ahli yang tidak mampu melayan kerenah perempuan yang suka mengambil gambar senang minum air bagi menenangkan hatinya.

BBM3410Satu2019: Mugshot (Gadis Trex Production)


Mug shot merupakan gambar yang dekat seperti gambar passport. Namun gambar tersebut mempunyai ruang di atas kepala dan gambar tersebut sehingga bahu sahaja. Gambar mug shot sering diambil untuk kegunaan di penjara bagi mendapatkan gambar pesalah dengan lebih jelas. Berikut merupakan tiga emosi mug shot yang telah diambil.


Gambar ini merupakan gambar emosi yang gembira. Subjek telah digeletek oleh banyak ahli bagi memastikan beliau terus tersenyum dan gembira dengan natural. Mata subjek yang kecil menunjukkan beliau betul-betul tidak menahan dengan geletekan kami. Gambar ini lebih bersesuaian untuk digunakan bagi iklan gigi kerana gigi subjek yang putih dan cantik boleh menarik pembeli untuk membeli ubat gigi yang akan dijual.


Subjek begitu sedih sehingga tidak mampu untuk membuka matanya lagi. Beliau tidak menahan sebak kerana memikirkan bagaimana hubungan kami sebagai kawannya selepas habis belajar. Walaupun air matanya sedikit namun kelihatan sedih dari keningnya. Walaupun sedang sedih lipstick di bibir masih tetap menawan.


Gambar ini menunjukkan subjek betul-betul sedang marah. Tidak tahu apa yang menganggu emosinya tetapi gambar ini nampak dengan jelas ada masalah yang dihadapi. Mungkin subjek terlampau lapar sehingga merasa ingin marah semua orang tapi tidak mampu membuat sedemikian dan beliau berharap dengan eskpresi muka ini dapat membuat ahli yang lain faham apa yang beliau sedang rasakan. 

BBM3410Satu2019: Medium shot (Gadis Trex Production)


Medium shot bagi manusia merupakan gambar manusia yang hanya kelihatan daripada kepala dan hanya separuh badan sahaja. Gambar ini lebih dekat berbanding gambar yang diambil long shot. Gambar medium shot lebih fokus kepada subjek berbanding latar belakang yang ada di tempat manusia tersebut. Berikut merupakan contoh gambar manusia medium shot.


Seperti gambar yang diambil di dalam gambar ini. Subjek yang merupakam manusia telah diambil gambarnya lebih dekat sedikit berbanding gamba long shot. Gambar ini tidak kelihatan kaki subjek kerana medium shot merupakan gambar separuh dari badan sahaja. Subjek kelihatan seperti sedan mencari sesuatu di dalam begnya. Mungkin beliau sedang mencari telefon tapi sepelas gambar diambil baru beliau tersedar bahawa telefonnya sedang digunakan untuk mendapatkan gambar ini.


Gambar ini menunjukkan seperti subjek sedang diambil gambar secara tiba-tiba. Subjek yang tidak bersedia dan tidak tahu untuk membuat apa beliau mengeluarkan dua jarinya untuk menunjukkan 'peace'. Walaupun gambar nampak seperti tidak bersedia namun subjek tetap kelihatan cantik dengan cermin matanya yang bertukar menjadi warna yang gelap.


Gambar medium shot ketiga ini nampak seperti subjek lebih bersedia. Gambar ini juga menunjukkan posisi badan subjek seperti model yang sebenar. Walaupun hanya mampu menjadi model di dalam kursus multimedia sahaja, namun subjek tetap menjiwai seperi model tudung yang berjenama.

Berikut merupakan medium shot bukan manusia:


Medium shot bukan manusia ini menunjukkan kehijauan yang menarik. Warna hijau merupakan warna yang ceria yang menenangkan. Walaupun gambar medium shot ini seperti tidak menarik namun ada mesej yang tersendiri iaitu lindungi bumi dengan menanam tanaman yang hijau yang indah.


Gambar yang diambil oleh salah seorang ahli kumpulan. Walaupun saya tidak menjejakkan kaki di sini dan tidak menahu maksud perkataan tersebut namun saya percaya tempat ini mampu mengembirakan hati saya dan mampu melihat sejauh mana kehebatan jeritan saya jika saya menaiki "rollercoster" tersebut. Langit yang cerah juga mampu menaikkan semangat saya untuk mencuba segala mainan yang ada di situ.



Gambar ini menunjukkan betapa bersihnya jalan di Jepun. Jalan ini sangat bersih sehingga saya rasa yakin dan ingin mencuba baring di atas jalan tersebut. Keindahan Jepun membuat saya rasa jika saya ada duit yang banyak sekarang saya ingin terbang ke sana.

BBM3410Satu2019: Long Shot (Gadis Trex Production)


Long shot merupakan gambar yang lebih jauh dan gambar tersebut nampak dengan jelas latar belakang yang menarik. Subjek mestilah jauh sedikit daripada gambar agar gambar tersebut nampak dengan lebih jelas dan indah.

Long shot manusia


Gambar ini memfokuskan kepada tanda mercu yang ada di Putrajaya ini tetapi semasa mengambil gambar ini subjek berjalan dan dapat dilihat dengan jelas seluruh badan subjek dan bahagian yang ingin difokuskan. Gambar ini diambil tanpa sedar, ahli kumpulan tersebut berjalan secara tiba-tiba dan gambar ini kelihatan cantik dan natural.


Gambar ini diambil untuk melihat permandangan yang menarik. Namun kelihatan seseorang yang sedang termenung seperti memikirkan kampung halaman yang dirindui. Gambar ini nampak dengan jelas bahawa langit yang tenang membuat fikiran seseorang melayang-layang.


Gambar ini menunjukkan subjek sedang melihat ke langit. Subjek seperti sedang melihat helikopter yang sedang lalu. Subjek cuba untuk melambai helikopter tersebut namun beliau baru tersedar di mana orang yang berada di dalam helikopter tersebut tidak akan dapat melihatnya dan mungkin dapat melihatnya seperti manusia melihat semut sahaja.

Selain daripada manusia, gambar long shot bukan manusia juga telah diambil. Berikut merupakan gambar long shot bukan manusia:


Berikut merupakan gambaran long shot yang di ambil darripada (PICC). Gambaran long shot ini dapat dilihat dengan jelas keindahan putrajaya yang cantik dan bersih.


Menunggu tren untuk tiba amat mencabar keimanan setiap manusia. Waktu yang dinyatakan di papan tersebut tidak akan sama dengan ketibaan tren yang sebenar. Sambil menunggu tren kita boleh berfikir banyak benda sehingga boleh membuat kita tertidur tanpa sengaja. Semasa menunggu tren,dapatlah mengambiil gambar ala-ala gambar yang sering diambil seperti di dalam lakonan.


Suasana yang sunyi dan aman membuatkan jiwa kita lebih tenang. Walaupun hanya melihat jalan lalu linta yang kosong dan bersih, kita dapat merasakan suasana yang nyaman. Jalan yang bersih membuatkan kita lebih suka untuk berjalan sebab kita rasakan kawasan tersebut udaranya bersih dan aman.