Saturday, October 19, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

Miza, Motosikal dan Anjing

Masam manis kehidupan. Kadang kita rasa manis (bahagia dan gembira) terkadang kita rasa masam (sedih dan marah) Lumrah semua manusia akan merasai perasaan sebegini. Tapi apa yang nak dikaitkan dengan cerita dan gambar dari Instagram ini? Beginilah ceritanya...

Pagi yang indah membuatkanku tersenyum kerana tahu pagi ini kumpulkanku akan membuat sesi mengambil gambar potret, swafoto dan simpulan bahasa. Gembira hati untuk bertemu ahli kumpulan. Dalam perjalanan ke fakulti, hati girang sempatku menyanyi lagu Pop Ye Ye. Pada mulanya perjalanan tersebut gembira namun perjalananku terhenti apabila melihat kelibat anjing. Ketika itu perasaanku masih berani kerana aku hanya melihat seekor sahaja anjing jadi aku teruskan perjalanan. Tiba-tiba semasa lalu dihadapan anjing itu baruku nampak ada lagi dua ekor anjing dibelakangnya. Kesemua anjing yang pada mulanya baring di tepi jalan itu bangun dan mahu mengejarku.

Keadaan tersebut membuatkanku menjadi cemas. Dengan pantas aku memulas motor supaya anjing tidak dapat kerja. Kebiasaanya motor akan lebih laju dari anjing namun kali ini sangkaanku meleset. Anjing tersebut sudah menghampiri motorku. Perasaan takut hanya Allah sahaja yang tahu. Segala surah yang terlintas ku baca. Lama-kelamaan anjing tersebut berpaling ke tempat lain. Mungkin anjing-anjing itu sudah bosan mengejarku. Selepas dari itu tidak berhenti-hentiku ketawa kerana memikirkan gelagatku semasa dikejar anjing. Pengalaman ini akan diceritakan kepada anak-anakku kelak. 





No comments:

Post a Comment