Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Di Dalam Kelasa Bahasa


Blog di dalam kelas. Apakah itu blog?

Bermulanya penulisan blog ini pada tahun 1992 di dalam World Wide Web yang dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi maklumat. Tiga ciri utama blog dimulakan  iaitu mengandungi pautan ke are yang lain dalam web, mempunyai komen pautan dan interaktif serta saling berkait. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) Blog ialah suatu tempat perbincangan bertulis tidak kira secara formal atau tidak formal. Blog boleh digunakan bagi kegunaan peribadi seperti tujuan perniagaan dalam mempromosikan produk yang diinginkan.

Blog juga merupakan laman web yang mudah untuk digunakan oleh semua orang kerana laman web ini bersifat mesra pengguna. Hal ini kerana, laman web ini mudah digunakan oleh semua pihak tidak kira umur. Blog membolehkan penulisnya untuk berinteraksi bersama masyarakat walaupun hanya di dalam tulisan sahaja. Penulisan blog merupakan aktiviti yang mampu membantu pelajar untuk meningkatkan keyakinan dan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus menulis tidak kira secara formal atau tidak di dalam blog (Li & Chingnell, 2010). Pelajar juga akan berasa seronok dan selesa menulis di dalam blog kerana blog tersebut dibuat secara peribadi dan hanya pembaca yang dijemput sahaja yang dapat melihat blog mereka.

Kajian mengenai blog telah dibuat oleh beberapa orang pengkaji. Menurut Fredig dan Trammel (2004) blog dijadikan tempat dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca dan penulis blog dengan penulis blog yang lain. Blog yang menggunakan teknologi dapat memberi latihan yang berguna berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk memperibaiki penulisan pelajar (Williams, 2004). Penulis blog dapat membantu elajar lebih mahir untuk menulis kerana penulisan blog dapat meningkatkan keyakinan mereka. Zaini et al. (2009) mengatakan blog dapat memberi peluang kepada penulis untuk belajar mengenai idea, tatabahasa, struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara susunan penulisan mereka. Pengkaji lain juga dapat mengkaji perbezaan penggunakan bahasa lelaki dan perempuan daripada penulisan blog mereka.

Zaini Amir et al. (2012) telah membuat kajian mengenai bahasa di antara lelaki dan perempuan tersebut. Daripada kajian tersebut mendapati bahawa bahasa yang digunakan oleh lelaki dan perempuan yang menulis blog selalunya tidak formal serta sama dengan bahasa percakapan harian. Daripada kajian tersebut mendapati terdapat perbezaan penggunaan bahasa dalam kalangan penulis blog remeja berkemungkinan dikaitkan dengan jantina. Menurut Wong & Woo (2009)  penulisan blog dapat membantu pelajar untuk menulis dengan baik dan lebih fleksibel. Mereka juga berpendapat blog mampu memudahkan komunikasa dua hala antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru yang mengajarnya untuk berinteraksi. Penulisan blog menjadi lebih terkenal kerana blog tersebut privasi dalam masa yang sama penulis dapat meluahkan apa sahaja idea yang mernarik untuk dikongikan. Kajian oleh pengkaji Ruzy Saliza (2007) menunjukkan penulisan wanita semasa menulis blog amat hebat kerana menggunakan ayat-ayat yang menarik dan sangat baik. Maka terbukti bahawa penulisan blog mampu membantu pelajar untuk terus menulis dengan baik dan lebih yakin untuk menulis.


No comments:

Post a Comment