Monday, September 30, 2019

BBM3410Satu2019: Close-Up (Gadis Trex Production)




Close up merupakan gambar yang subjek sama ada manusia atau bukan manusia dekat dengan bingkai (frames). Sekiranya gambar manusia yang diambil, gambar tersebut haruslah sebahagian dari leher dan rambut sahaja. Gambar yang diambil ini dapat menunjukkan emosi seseorang melalui ekspresi wajah mereka yang dekat. Berikut merupakan contoh bagi close up manusia :


Gambar di atas menunjukkan gmabar close up subjek yang menunjukkan ekpresi gembira. Bagi menghasilkan gambar yang menarik dan nampak benar dan tulus tanpa lakonan ini, kami sekumpulan sudah menyediakan lawak-lawak yang mampu membuat subjek gelak tanpa dipaksa. Lawak yang menyebabkan subjek gembira sehingga taringnya dapat dilihat ialah dengan memberikan teka-teki yang sangat menarik. Teka-teki tersebut ialah terdapat tiga budak yang asyik berlari bekejaran di dalam bilik, apakah budak itu? Subjek tidak dapat berfikir dengan jelas lalu penyoal tersebut pun menjawab jawapanya adalah kipas. Subjek tidak dapat menahan ketawa dengan soalan lawak yang diberikan lalu subjek tertawa dengan besar dan kami berjaya mendapat shot yang terbaik ini. 


Bagi mendapatkan gambaran emosi yang marah seperti di dalam gambar close up ini, subjek telah diletakkan di tempat yang panas terik. Semasa gambar ini diambil, subjek sememangnya sedang marah kerana terpaksa menahan keperitan panas. Sengaja kami menyuruh beliau mengambil gambar di situ agar emosi marah itu datang dengan natural tanpa dipaksa untuk marah. Selain itu, untuk mendapatkan gambar yang cantik ini pelbagai usaha yang telah diusahakan.subjek mengambil gambar di atas daun-daun bunga yang cantik. Dua orang ahli kumpulan digunakan untuk memegang subjek supaya tidak terjaga ke dalam pokok bunga tersebut. 


Close up ini merupakan close up yang agak sukar untuk dilakukan. Hal ini kerana, untuk mengeluarkan air mata subjek secara natural sukar dilakukan. Subjek merupakan seorang yang riang dan sentiasa gembira. Sukar untuk kami membuat air matanya mengalir. Bagi mengambil gambar ini, kami berkumpulan membuat keputusan untuk mecubit kakinya supaya dia menangis secara natural. Kami juga cuba mengingatkan subjek mengenai PITA dan beliau mengalirkan air mata kerana tidak mampu memikirkan mengenai kerja-kerjanya.

Close up bukan manusia:


Gambar di atas menunjukkan air embun di siang hari. Air embun ini sama seperti air mata penulis yang boleh mengalir secara tiba-tiba. Air embun membasahi daun air mata membasahi pipi comel.


Kelihatan gambar bunga yang sangat cantik apabila diambil dengan gaya close up. Bagi mendapatkan gambar ini tukang yang mengambil gambar menghadapi kesukaran kerana terpaksa dekat dengan bunga tersebut. Kasut beliau yang cantik sudah kotor dengan tanah yang ada di kawasan pokok bunga tersebut.


Untuk mengambil gambar labah-labah di pokok ini, perasaan takut hanya Allah sahaja yang tahu. Ahli yang mengambil gambar ini betul-betul mengharapkan supaya labah itu tidak menyengat dia kerana mengambil gambarnya. Gambar ini diambil dengan penuh berhati-hati untuk mengelak badannya disengat haiwan yang kecil tapi berbisa ini.

Tuesday, September 24, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Pengalaman terindah


Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang saya belajar di Universiti Putra Malaysia ialah apabila saya diberi peluang untuk menyertai CSR di Hospital Serdang dan di Yan, Kedah. Sebelum ini saya tidak pernah menyertai program yang dapat membantu masyarakat. Program ini mendekatkan lagi hubungan saya dengan masyarakat. Semasa di Hospital Serdang saya memberi bantuan makanan kepada kanak-kanak yang berada di wad. Suasana sana berbeza dan menginsafkan saya. Saya dan rakan-rakan yang lain juga telah memberi bantuan barangan seperti mainan dan menghiburkan kanak-kanak tersebut dengan nyanyian. Walaupun kehadiran kami tidak dapat menyembuhkan sakit mereka tetapi kami berpeluang untuk menghiburkan mereka. 

Di Yan, Kedah saya juga berpeluang membantu orang susah di sana. Semasa di sana, saya dan rakan-rakan gembira kerana telah diberi peluang untuk tinggal bersama di dalam khemah. Ini merupakan pengalaman pertama ditinggal di dalam khemah bersama rakan-rakan. Saya dan kawan-kawan diberi peluang untuk berinteraksi bersama orang kampung di sana. Selain daripada memberikan bantuan kepada yang memerlukan, kami juga telah pergi ke sebuah pulau iaitu Pulau Songsong. Sebelum pergi ke pulau itu, saya tidak pernah mengetahui mengenai pulau ini. Pulau Songsong cantik dan indah sama seperti Pulau Tioman. Di sana, kami telah diberikan tugasan untuk mengutip sampah untuk membersihkan kawasan persekitaran pulau itu. Pengalaman yang paling menarik di sana ialah kami berpeluang untuk menyelam di kawasan pesekitaran pulau itu. 




Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk


Cerita ini mengisahkan mengenai Alim dan keluarganya. Alim dan keluarga akan pulang ke kampungnya di Kajang. Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung. Alim ingin bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuknya di kampung. Setelah 30 minit perjalanan, Alim dan keluarga sampai di kampung. Alim terus mencari ayam dan itik kepunyaan datuk dan neneknya. Alim sedih. Alim marah. Alim menangis secara tiba-tiba. Alim tidak tahu mengapa ayam dan itik tiada di kampung. Lalu Alim melihat sekeliling rumah nenek dan datuknya. Alim keliru melihat keadaan rumah tersebut yang lain daripada yang biasa dilihatnya. Alim sedih. Alim terus menangis. Alim sangkakan rumah datuk dan nenek sudah tiada. Lalu nenek Alim memujuk.

Rujukan: Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (Normaliza Abd Rahim, 2019)



Terdapat beberapa jenis multimedia yang boleh digunakan bagi cerita sosial ini.

Jenis multimedia yang boleh menyebarkan cerita sosial:

1. Di dalam penulisan teks

Penulisan teks dapa membantu cerita sosial mudah disebarkan. Teks yang boleh digunakan bagi menyebarkan cerita sosial ini ialah seperti teks bercetak, teks imbasan dan teks elektronik. Teks perlu mempunyai komponen reka letak teks dan menggunakan aplikasi media. Tujuan penggunakan aplikasi media bagi mengelakkan pembaca bosan kerana pembaca mudah bosan apabila hanya membaca teks tanpa ada gambar.

2. Animasi

Animasi merupakan penggunaan komputer yang menciptakan gerak pada layar animasi. Animasi merupakan sesuatu yang baharu namun tidak asing lagi dalam masyaraka di Malaysia. Penggunaan animasi untuk mencerita cerita sosial dapat membantu cerita sosial ini tersebar dengan meluas. Hal ini kerana, animasi merupakan salah satu media yang diminati oleh masyarakat tanpa mengira umur. Penggunaan media animasi dapat membantu perkembangan cerita-cerita sosial.

3.  Video

Penyebaran cerita sosial dapat berlaku dengan mudah sekiranya menggunakan media video. Video tersebut boleh dilakonkan oleh sesiapa sahaja atau video dalam bentuk grafik. Masyarakat pada masa kini lebih gemar meilhat video yang menarik berbanding membaca teks. Penggunaan media ini lebih dekat dengan jiwa masyarakat lalu mudah penyebaran cerita sosial ini berlaku.

4. Audio

Bunyi merupakan tarikkan kepada masyarakat untuk terus mendengar cerita yang ingin disampaikan. Apabila audio digunakan masyarakat akan merasakan cerita itu lebih dekat dengan kehidupan mereka. Bunyi audio yang digunakan dapat memberi kesan kepada masyarakat apabila mendengar audip tersebut. Pendengaran bunyi audio dapat membantu cerita sosial itu lebih difahami dan disebarkan oleh masyarakat.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Di dalam setiap jenis penulisan terdapat etika-etikanya yang tersendiri. Penulisan blog merupakan salah satu penulisan yang mempunyai etika yang tersendiri. Hal ini kerana, blog yang dibuat akan dimasukkan ke dalam media sosial dan masyarakat mudah untuk mengakses. Sekiranya tiada etika untuk penulisan blog, penulisan tersebut boleh menimbulkan permasalahan. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam buku media sosial, terdapat 10 etika penulisan blog yang baik.

Antara etika-etika penulisan blog:

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.

 Tajuk merupakan sesuatu yang penting bagi sesuatu penulisan. Apabila tajuk yang dipilih tidak menarik, pembaca tidak akan berminat untuk membaca penulisan tersebut. Tajuk bagi setiap penulisan amat penting kerana daripada tajuk pembaca dapat mengetahui sama ada hujah yang ingin disampaikan menarik atau tidak. Pemilihan tajuk penting dan perlu dekat dengan jiwa pembaca agar pembaca lebih gembira dan tertarik untuk membaca penulisan blog penulis.

2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.

Setiap penyampaian yang ingin disampaikan oleh penulis perlu menceritakan cerita-cerita yang menarik bagi menarik hati pembaca. Sekiranya penulis memilih untuk menceritakan sesuatu yang tidak menarik sebagai contohnya cerita yang tidak dekat dengan jiwa pembaca, pembaca tidak akan berminat untuk membaca penulisan blog penulis yang seterusnya. Cerita yang menarik dapat mendatangkan komen-komen yang positif daripada pembaca.

3. Memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membua penulisan lebih menarik.

Pembaca pada masa kini tidak berapa gemar untuk membaca sesuatu penulisan yang berbentuk ilmiah dan terlampau serius. Penulis perlu mengambil hati pembaca untuk membaca penulisan mereka dengan menambahkan sedikit ayat-ayat yang berbentuk jenaka agar penulisan lebih suka dan gembira semasa membaca penulisan tersebut. Namun, jenaka tersebut juga perlu mempunyai batas kerana tidak mahu jenaka tersebut mampu menyinggung perasaan mana-mana pihak.

4. Memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.

Hujah yang ingin disampaikan oleh penulis seharusnya hujah yang terbaik dan tidak merepek. Hujah yang terbaik dapat menarik lagi minat pembaca untuk membaca penulisan penulis. Hujah yang merepek atau tidak masuk akal mampu membuat pembaca tidak mempercayai dengan hujah yang ingin disampaikan oleh penulis. Penulis perlu mencari hujah-hujah yang menarik agar pembaca mempercayai dan bersetuju dengan hujah yang disampaikan.

5. Kaitkan penulisan dengan berita terkini.

Berita terkini merupakan berita yang ingin diketahui oleh masyarakat. Apabila penulisan yang ditulis berkait dengan berita semasa, pembaca akan lebih tertarik untuk baca dan dapat membantu pembaca mengetahui perkembangan berita terkini. Namun, penulisan mengenai berita terkini juga perlu menitikberatkan mengenai sensitiviti masyarakat. Sekiranya perkaitan penulisan tersebut dengan berita terkini yang mampu menyebabkan sensitiviti masyarakat tidak terjaga penulisan tersebut akan dikecam atau pembaca tidak akan berminat untuk membaca blog penulis.

6. Gunakan struktur perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

Penulisan yang strukturnya berbentuk ilmiah tidak dapat menarik semua pembaca untuk membaca. pembaca yang gemar akan penulisan ilmiah sahaja akan membaca penulisan penulis. Hal ini kerana, pembaca lebih suka untuk membaca penulisan yang strukturnya ringkas mudah untuk mereka fahami. Penulisan yang ringkas dan padat memudahkan penulis untuk menulis tanpa perlu menitikberatkan struktur lain.

7. Dapat dibaca dan difahami.

Sekiranya penulisan penulis terlampau meleret dan tidak mempunyai apa-apa mesej menyukarkan pembaca untuk memahami penulisan yang ingin disampaikan. Setiap penulisan yang ingin disampaikan harus memberi penekanan kepada penulisan yang menarik agar mudah untuk pembaca membaca dan memahami hujah dalam penulisan tersebut. Penggunaan perkataan juga perlu dititikberatkan agar mudah untuk pembaca fahami.

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.

Komunikasi dalam kehidupan harian pada masa kini amat penting kerana tanpa berkomunikasi pemikiran masyarakat tidak akan berkembang. Di dalam penulisan blog juga mengambil berat mengenai cara penulis dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulis blog dapat berkomunikasi dengan pembaca melalui penulisan blog sahaja. Penulis blog dapat berkomunikasi bersama pembaca melalui ruangan komen yang ada di setiap penulisan baharu yang dikeluarkan.

9. Memasukan moral dan nilai estetika dalam penulisan.

Penulis yang terbaik ialah penulis yang dapat meninggalkan nilai yang baik dalam setiap penulisannya. Memasukan moral dan nilai estetika dapat mengubah cara pemikiran pembaca blog tersebut. Dengan membaca penulisan blog juga dapat membantu pembaca berubah ke sesuatu perubahan yang lainnya. Moral dan nilai estetika dapat membuka minda pembaca untuk turut mengikuti moral yang baik tersebut.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Bagi menyampaikan apa sahaja jenis penulisan dalam pendidikan, penulis seharusnya mempunyai ilmu untuk menyampaikan penulisan tersebut. Hal ini kerana, bagi menggelakkan penulisan itu salah dan mampu menimbulkan kekeliruan oleh pembaca apabila penulisan yang ingin disampaikan lain daripada penulisan ilmiah yang sebenar. Pembaca tidak akan yakin dan percaya kepada penulisan penulis. Sekiranya penulis tidak mempunyai ilmu yang dalam dalam penulisan pendidikan, penulis seharusnya tidak menulis mengenai tajuk tersebut bagi mengelakkan masalah berlaku.

Monday, September 16, 2019

BBM3140Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik: Profesor Dr Normaliza Abd Rahim

Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia











Saya Faham

Saya kata "Apa Khabar"
Dia jawab "Khabar Baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima Kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka







BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya.


Nama saya ialah Hamiza binti Albahrin. Umur saya 23 tahun. Saya merupakan pelajar (Bachelor Sastera) Bahasa dan Lingusitik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Selain daripada mengambil kursus Bahasa dan Linguistik Melayu, saya juga telah mengambil kursus Pengurusan Sumber bagi  subjek minor saya. Saya percaya dengan mengambil minor dalam pengurusan sumber dapat membantu saya mudah untuk mendapat kerja.

Semasa semester pertama sehingga semester ketiga saya telah mengambil kursus tambahan iaitu kursus dalam bahasa Thai. Apabila saya belajar  bahasa Thai, saya dapat mendalami sendiri suasana seperti berada betul-betul di negara Thailand. Bahasa Thai dan Bahasa Melayu amat berbeza terutama sekali daripada segi tulisan dan sebutan. Dengan mengambil kursus ini dapat membantu saya mempelajari sesuatu yang baharu daripada yang sering saya belajar. 

Saya berasal dari Seri Kembangan, Selangor. Walaupun rumah kediaman saya berdekatan dengan Universiti Putra Malaysia namun, saya tetap perlu menetap di kolej semasa tahun pertama. Semasa tahun pertama, saya tinggal di kolej yang dahulunya dikenali sebagai Kolej 15 dan sekarang dikenali dengan Kolej 12. 

Saya merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Pada waktu lapang saya suka menghabiskan masa saya dengan menonton filem aksi. Saya juga suka mencuba masakan baharu. Setiap kali cuti semester, saya akan berkerja bagi mencari duit untuk disimpan pada masa hadapan. Namun pada cuti semester baru-baru ini saya tidak dapat bekerja kerana saya menajalani latihan industri di Majlis Amanah Rakayat Kuala Lumpur.

Di Majlis Amanah Rakyat (MARA) saya menjalani latihan industri bersama rakan saya yang bernama Nurul Syamimie binti Hussin. Di sana, saya banyak mempelajari sesuatu yang baharu terutama sekali di dalam bahagian komunikasi dan koporat. Hal ini kerana, dahulunya saya tidak pernah mengetahui apa-apa mengenai koporat. Saya dan Syamimie juga telah diberi peluang untuk menemu bual pelajar Kolej MARA Banting yang berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara. Tujuan menemu bual ini adalah untuk diletakkan di blog rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pengalaman ini mengajar saya sesuatu yang baharu kerana sebelum ini saya tidak pernah menemu bual seperti pekerjaan wartawan.

Sekian sahaja cerita mengenai diri saya pada hari ini. Terima kasih kerana membaca.