Tuesday, September 24, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Pengalaman terindah


Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang saya belajar di Universiti Putra Malaysia ialah apabila saya diberi peluang untuk menyertai CSR di Hospital Serdang dan di Yan, Kedah. Sebelum ini saya tidak pernah menyertai program yang dapat membantu masyarakat. Program ini mendekatkan lagi hubungan saya dengan masyarakat. Semasa di Hospital Serdang saya memberi bantuan makanan kepada kanak-kanak yang berada di wad. Suasana sana berbeza dan menginsafkan saya. Saya dan rakan-rakan yang lain juga telah memberi bantuan barangan seperti mainan dan menghiburkan kanak-kanak tersebut dengan nyanyian. Walaupun kehadiran kami tidak dapat menyembuhkan sakit mereka tetapi kami berpeluang untuk menghiburkan mereka. 

Di Yan, Kedah saya juga berpeluang membantu orang susah di sana. Semasa di sana, saya dan rakan-rakan gembira kerana telah diberi peluang untuk tinggal bersama di dalam khemah. Ini merupakan pengalaman pertama ditinggal di dalam khemah bersama rakan-rakan. Saya dan kawan-kawan diberi peluang untuk berinteraksi bersama orang kampung di sana. Selain daripada memberikan bantuan kepada yang memerlukan, kami juga telah pergi ke sebuah pulau iaitu Pulau Songsong. Sebelum pergi ke pulau itu, saya tidak pernah mengetahui mengenai pulau ini. Pulau Songsong cantik dan indah sama seperti Pulau Tioman. Di sana, kami telah diberikan tugasan untuk mengutip sampah untuk membersihkan kawasan persekitaran pulau itu. Pengalaman yang paling menarik di sana ialah kami berpeluang untuk menyelam di kawasan pesekitaran pulau itu. 




No comments:

Post a Comment