Di dalam setiap jenis penulisan terdapat etika-etikanya yang tersendiri. Penulisan blog merupakan salah satu penulisan yang mempunyai etika yang tersendiri. Hal ini kerana, blog yang dibuat akan dimasukkan ke dalam media sosial dan masyarakat mudah untuk mengakses. Sekiranya tiada etika untuk penulisan blog, penulisan tersebut boleh menimbulkan permasalahan. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam buku media sosial, terdapat 10 etika penulisan blog yang baik.
Antara etika-etika penulisan blog:
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
Tajuk merupakan sesuatu yang penting bagi sesuatu penulisan. Apabila tajuk yang dipilih tidak menarik, pembaca tidak akan berminat untuk membaca penulisan tersebut. Tajuk bagi setiap penulisan amat penting kerana daripada tajuk pembaca dapat mengetahui sama ada hujah yang ingin disampaikan menarik atau tidak. Pemilihan tajuk penting dan perlu dekat dengan jiwa pembaca agar pembaca lebih gembira dan tertarik untuk membaca penulisan blog penulis.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
Setiap penyampaian yang ingin disampaikan oleh penulis perlu menceritakan cerita-cerita yang menarik bagi menarik hati pembaca. Sekiranya penulis memilih untuk menceritakan sesuatu yang tidak menarik sebagai contohnya cerita yang tidak dekat dengan jiwa pembaca, pembaca tidak akan berminat untuk membaca penulisan blog penulis yang seterusnya. Cerita yang menarik dapat mendatangkan komen-komen yang positif daripada pembaca.
3. Memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membua penulisan lebih menarik.
Pembaca pada masa kini tidak berapa gemar untuk membaca sesuatu penulisan yang berbentuk ilmiah dan terlampau serius. Penulis perlu mengambil hati pembaca untuk membaca penulisan mereka dengan menambahkan sedikit ayat-ayat yang berbentuk jenaka agar penulisan lebih suka dan gembira semasa membaca penulisan tersebut. Namun, jenaka tersebut juga perlu mempunyai batas kerana tidak mahu jenaka tersebut mampu menyinggung perasaan mana-mana pihak.
4. Memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
Hujah yang ingin disampaikan oleh penulis seharusnya hujah yang terbaik dan tidak merepek. Hujah yang terbaik dapat menarik lagi minat pembaca untuk membaca penulisan penulis. Hujah yang merepek atau tidak masuk akal mampu membuat pembaca tidak mempercayai dengan hujah yang ingin disampaikan oleh penulis. Penulis perlu mencari hujah-hujah yang menarik agar pembaca mempercayai dan bersetuju dengan hujah yang disampaikan.
5. Kaitkan penulisan dengan berita terkini.
Berita terkini merupakan berita yang ingin diketahui oleh masyarakat. Apabila penulisan yang ditulis berkait dengan berita semasa, pembaca akan lebih tertarik untuk baca dan dapat membantu pembaca mengetahui perkembangan berita terkini. Namun, penulisan mengenai berita terkini juga perlu menitikberatkan mengenai sensitiviti masyarakat. Sekiranya perkaitan penulisan tersebut dengan berita terkini yang mampu menyebabkan sensitiviti masyarakat tidak terjaga penulisan tersebut akan dikecam atau pembaca tidak akan berminat untuk membaca blog penulis.
6. Gunakan struktur perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Penulisan yang strukturnya berbentuk ilmiah tidak dapat menarik semua pembaca untuk membaca. pembaca yang gemar akan penulisan ilmiah sahaja akan membaca penulisan penulis. Hal ini kerana, pembaca lebih suka untuk membaca penulisan yang strukturnya ringkas mudah untuk mereka fahami. Penulisan yang ringkas dan padat memudahkan penulis untuk menulis tanpa perlu menitikberatkan struktur lain.
7. Dapat dibaca dan difahami.
Sekiranya penulisan penulis terlampau meleret dan tidak mempunyai apa-apa mesej menyukarkan pembaca untuk memahami penulisan yang ingin disampaikan. Setiap penulisan yang ingin disampaikan harus memberi penekanan kepada penulisan yang menarik agar mudah untuk pembaca membaca dan memahami hujah dalam penulisan tersebut. Penggunaan perkataan juga perlu dititikberatkan agar mudah untuk pembaca fahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
Komunikasi dalam kehidupan harian pada masa kini amat penting kerana tanpa berkomunikasi pemikiran masyarakat tidak akan berkembang. Di dalam penulisan blog juga mengambil berat mengenai cara penulis dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulis blog dapat berkomunikasi dengan pembaca melalui penulisan blog sahaja. Penulis blog dapat berkomunikasi bersama pembaca melalui ruangan komen yang ada di setiap penulisan baharu yang dikeluarkan.
9. Memasukan moral dan nilai estetika dalam penulisan.
Penulis yang terbaik ialah penulis yang dapat meninggalkan nilai yang baik dalam setiap penulisannya. Memasukan moral dan nilai estetika dapat mengubah cara pemikiran pembaca blog tersebut. Dengan membaca penulisan blog juga dapat membantu pembaca berubah ke sesuatu perubahan yang lainnya. Moral dan nilai estetika dapat membuka minda pembaca untuk turut mengikuti moral yang baik tersebut.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Bagi menyampaikan apa sahaja jenis penulisan dalam pendidikan, penulis seharusnya mempunyai ilmu untuk menyampaikan penulisan tersebut. Hal ini kerana, bagi menggelakkan penulisan itu salah dan mampu menimbulkan kekeliruan oleh pembaca apabila penulisan yang ingin disampaikan lain daripada penulisan ilmiah yang sebenar. Pembaca tidak akan yakin dan percaya kepada penulisan penulis. Sekiranya penulis tidak mempunyai ilmu yang dalam dalam penulisan pendidikan, penulis seharusnya tidak menulis mengenai tajuk tersebut bagi mengelakkan masalah berlaku.
No comments:
Post a Comment