Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya.


Nama saya ialah Hamiza binti Albahrin. Umur saya 23 tahun. Saya merupakan pelajar (Bachelor Sastera) Bahasa dan Lingusitik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Selain daripada mengambil kursus Bahasa dan Linguistik Melayu, saya juga telah mengambil kursus Pengurusan Sumber bagi  subjek minor saya. Saya percaya dengan mengambil minor dalam pengurusan sumber dapat membantu saya mudah untuk mendapat kerja.

Semasa semester pertama sehingga semester ketiga saya telah mengambil kursus tambahan iaitu kursus dalam bahasa Thai. Apabila saya belajar  bahasa Thai, saya dapat mendalami sendiri suasana seperti berada betul-betul di negara Thailand. Bahasa Thai dan Bahasa Melayu amat berbeza terutama sekali daripada segi tulisan dan sebutan. Dengan mengambil kursus ini dapat membantu saya mempelajari sesuatu yang baharu daripada yang sering saya belajar. 

Saya berasal dari Seri Kembangan, Selangor. Walaupun rumah kediaman saya berdekatan dengan Universiti Putra Malaysia namun, saya tetap perlu menetap di kolej semasa tahun pertama. Semasa tahun pertama, saya tinggal di kolej yang dahulunya dikenali sebagai Kolej 15 dan sekarang dikenali dengan Kolej 12. 

Saya merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Pada waktu lapang saya suka menghabiskan masa saya dengan menonton filem aksi. Saya juga suka mencuba masakan baharu. Setiap kali cuti semester, saya akan berkerja bagi mencari duit untuk disimpan pada masa hadapan. Namun pada cuti semester baru-baru ini saya tidak dapat bekerja kerana saya menajalani latihan industri di Majlis Amanah Rakayat Kuala Lumpur.

Di Majlis Amanah Rakyat (MARA) saya menjalani latihan industri bersama rakan saya yang bernama Nurul Syamimie binti Hussin. Di sana, saya banyak mempelajari sesuatu yang baharu terutama sekali di dalam bahagian komunikasi dan koporat. Hal ini kerana, dahulunya saya tidak pernah mengetahui apa-apa mengenai koporat. Saya dan Syamimie juga telah diberi peluang untuk menemu bual pelajar Kolej MARA Banting yang berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara. Tujuan menemu bual ini adalah untuk diletakkan di blog rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pengalaman ini mengajar saya sesuatu yang baharu kerana sebelum ini saya tidak pernah menemu bual seperti pekerjaan wartawan.

Sekian sahaja cerita mengenai diri saya pada hari ini. Terima kasih kerana membaca.





No comments:

Post a Comment