Di dalam bahagian ini saya telah menerangkan mengenai Alim yang membawa kek cawan ke sekolah dan menceritakan mengenai hobinya. Cerita Alim ini telah diambil daripada Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim dan telah mendapat 1 retweet dan mendapat 2 like.
Wednesday, December 11, 2019
BBM3410Satu2019: Twitter
Di dalam post ini saya telah memuat naik gambar bersama buku dengan membuat 'caption' mengenai pendekatan analisis wacana yang telah dibuat oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim.
BBM3410Satu2019: Twitter
Berikut merupakan post mengenai perkara yang telah saya retweet. 7 perkara telah di'retweet' dan ditulis semula di dalam buku Eh!!! Media.
BBM3410Satu2019: Twitter
Di dalam post ini saya telah menceritakan mengenai Mahsuri. Saya menceritakan mengenai Mahsuri di dalam post ini kerana Mahsuri dibunuh tanpa sebab dan tidak dapat membela dirinya sendiri.
BBM3410Satu2019: Twitter
Berikut merupakan post saya di Twitter mengenai cerita mengenai Hati yang telah diambil daripada buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim. Tweet ini telah mendapat beberapa retweet dan like 😉
BBM3410Satu2019: Instagram
Alhamdulilah untuk gambar emoji dan gambar bersama prof telah di'like' dan dikomen oleh prof . Terharu rasa bila prof like. Macam dapat like daripada artis international pula rasa. Terima kasih prof 😗
BBM3410Satu2019: Instagram
Ulasan daripada buku Eh!!! Media telah dibuat dan gambar juga telah dimasukkan ke dalam Instagram. Prof telah menekan butang suka di gambar saya ini.
BBM3410Satu2019: Instagram
Keberkatan dapat dicapai dengan adanya hubungan yang baik dengan Allah dan ibu bapa. Hidup akan diberkati apabila kita menghormati kedua ibu bapa dan keluarga. Adik saya kehidupannya sentiasa diberkati mungkin kerana dia menjaga hubungan dengan Allah dan semua manusia. Terima kasih prof kerana like gambar saya.
BBM3410Satu2019: Instagram
Ulasan telah dibuat. Gambar bersama buku juga telah dimuatnaik ke dalam Instagram. Gambar ini merupakan gambar saya dan buku yang sangat menarik isinya dan gambar buku yang harganya murah. Gambar ini telah di'like' oleh prof 😀
BBM3410Satu2019: Instagram
Dua gambar ini telah di 'like' oleh prof. Gambar yang pertama ialah gambar lega. Cuaca panas ni yang dapat legakan kita kipas dengan air sejuk sahaja. Walaupun kipas saya kecil tapi kehebatan kipas ni macam air cond. Gambar kedua pula ialah gambar gembira. Jujur saya cakap masuk Watson amat mengembirakan saya. Tempat ini berhantu juga kerana daripada kita tidak mahu membeli apa-apa tapi mesti terbeli juga barang walaupun hanya berus gigi.
BBM3410Satu2019: Instagram
Gambar ini menceritakan saya redha tudung saya terbakar. Masa ini saya nak cepat pergi sarapan saya gosok dengan cepat tanpa perasan 'iron' panas. Terhasil corak menarik ini. Saya tetap pergi sarapan dengan memakai tudung ini kerana saya tiada tudung lain. Kesian kan? Yay prof like lagi gambar saya!
BBM3410Satu2019: Instagram
Berikut merupakan gambar ketenangan yang telah di post di dalam instagram saya. Gambar yang dipilih ialah gambar ibu kesayangan saya. Saya mendapat ketenangan setiap kali melihat muka ibu saya. Betul kata orang aura ibu ini lain macam. Alhamdulilah gambar ini telah di'like' oleh prof. Saya suka, saya suka! Semoga Allah menjaga semua ibu di dunia ini :)
Monday, December 2, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Meida Sosial
Buku
Eh! Media Sosial menerangkan perkembangan dan kaedah menggunakan media sosial.
Di dalam bab 1 buku ini menerangkan gambaran keseluruhan media sosial. Terdapat
10 etika dalam media sosial seperti pilihan perkataan, struktur ayat, peraturan
tatabahasa, sensitiviti, perkataan-perkataan kesat, ancaman, fitnah, foto dan
kajian. Di dalam bab 2 ini telah menerangkan kajian yang telah dibuat oleh
pengkaji dan hasil daripada perbincangan mendapati kebanyakan responden
menggunakan twitter kerana mudah diakses, pantas efisyen dan mempunyai informasi
terkini. Bab 3 pula, menerangkan kajian penggunaan facebook yang masih
digunakan. Menurut Madge (2009) Facebook
merupakan alat berkomunikasi secara tidak formal dan ia bukan satu pengajaran
yang dibuat secara formal. Bab 4 menerangkan mengenai Instagram yang menyeronokkan. Instagram menjadi kegembaran
pengguna-pengguna kerana aplikasi ini mudah Kajian telah dibuat oleh Bell (2013) yang
menunjukkan pelajar boleh menggunakan Instagram
di sekolah. Hasil kajian beliau mendapati pelajar gemar menggunakan instagram
kerana mudah dan senang untuk mengetahui sesuatu informasi yang baru.
Bab
5 pula menerangkan kedudukan emel yang masih popular digunakan pada masa kini.
E-mel merupakan satu medium komunikasi dalam bahasa sasaran termasuk mengarang
dan bertukar pesanan dengan pelajar-pelajar lain. Menurut Boswood (1996)
pertukaran e-mel dapat meningkatkan kemahiran berbahasa. Bab 6 menerangkan blog
boleh digunakan di dalam kelas bahasa. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) blog
merupakan satu medium perbincangan secara bertulis sama ada dalam bentuk formal
atau tidak formal. Bab 7, menjelaskan isu yang terdapat dalam rangkaian sosial
dalam kalangan pengguna. Pengguna masa kini menunjukkan mereka bergantung
kepada rangkaian sosial untuk masa depan. Rangkaian sosial membantu organisasi
dalam perniagaan dan pengajaran. Bab terakhor pula iaitu bab 8 menerangkan
implikasi pedagogi. Grgurovic (2010) menyatakan teknologi yang tersebar luas
dalam kehidupan telah membawa kepada peningkatan penggunaan teknologi dalam sistem
pendidikan.
Rujukan:
Noraien
Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019) Eh!!!
Media Sosial. Terengganu: Universiti Malayisa Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)



























