Monday, December 2, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Meida Sosial


Buku Eh! Media Sosial menerangkan perkembangan dan kaedah menggunakan media sosial. Di dalam bab 1 buku ini menerangkan gambaran keseluruhan media sosial. Terdapat 10 etika dalam media sosial seperti pilihan perkataan, struktur ayat, peraturan tatabahasa, sensitiviti, perkataan-perkataan kesat, ancaman, fitnah, foto dan kajian. Di dalam bab 2 ini telah menerangkan kajian yang telah dibuat oleh pengkaji dan hasil daripada perbincangan mendapati kebanyakan responden menggunakan twitter kerana mudah diakses, pantas efisyen dan mempunyai informasi terkini. Bab 3 pula, menerangkan kajian penggunaan facebook yang masih digunakan. Menurut Madge (2009) Facebook merupakan alat berkomunikasi secara tidak formal dan ia bukan satu pengajaran yang dibuat secara formal. Bab 4 menerangkan mengenai Instagram yang menyeronokkan. Instagram menjadi kegembaran pengguna-pengguna kerana aplikasi ini mudah  Kajian telah dibuat oleh Bell (2013) yang menunjukkan pelajar boleh menggunakan Instagram di sekolah. Hasil kajian beliau mendapati pelajar gemar menggunakan instagram kerana mudah dan senang untuk mengetahui sesuatu informasi yang baru.

Bab 5 pula menerangkan kedudukan emel yang masih popular digunakan pada masa kini. E-mel merupakan satu medium komunikasi dalam bahasa sasaran termasuk mengarang dan bertukar pesanan dengan pelajar-pelajar lain. Menurut Boswood (1996) pertukaran e-mel dapat meningkatkan kemahiran berbahasa. Bab 6 menerangkan blog boleh digunakan di dalam kelas bahasa. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) blog merupakan satu medium perbincangan secara bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Bab 7, menjelaskan isu yang terdapat dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Pengguna masa kini menunjukkan mereka bergantung kepada rangkaian sosial untuk masa depan. Rangkaian sosial membantu organisasi dalam perniagaan dan pengajaran. Bab terakhor pula iaitu bab 8 menerangkan implikasi pedagogi. Grgurovic (2010) menyatakan teknologi yang tersebar luas dalam kehidupan telah membawa kepada peningkatan penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan.


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019) Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malayisa Terengganu.

 Harga:


Rm60





No comments:

Post a Comment