Ketika dan Kalimat
Assalmualaikum, Selamat Sejahtera, வணக்கம், 你好
Sepanjang belajar semasa semester akhir dari minggu pertama sehingga minggu empat belas ni ya Allah serious cakap banyak dugaan, pengalaman dan benda baru aku hadapi. Kita cerita yang gembira dulu baru yang tak gembira yaaa... 😆
Paling gembira semester ni sebab tak sabar nak habis belajar (tak sedar diri hidup selepas belajar lagi seram). Dalam semester ni aku rasa aku lebih banyak bercakap berbanding semester sebelum ni. Salah satu sebab aku sentiasa banyak cakap ialah semester ni aku ambil Multimedia dalam bahasa. Subjek ni yang membuat aku lebih dekat dengan kawan-kawan rasanya lah 😂 Paling penting yang aku rasa gembira bila buat tugasan yang diberikan aku jadi lebih berani untuk berkomunikasi dengan orang dan untuk menampilkan diri di depan orang ramai. Bayangkan jela untuk menghasilkan sesebuah video terutama sekali video one shot three layer yang memerlukan kami untuk berlakon di depan orang ramai. Untuk mendapatkan markah yang terbaik semua bendalah kami sanggup buat. Daripada yang kaku berlakon dan menari sampai dah boleh jadi penari latar Siti Nurhaliza (gituu).
Semester ni juga semester yang paling kelam kabut aku pernah rasa sebab tiap minggu ada tugasan dan tiap minggu kena pastikan tugasan tu siap. Nak siapkan PITA tu satu hal, amali minor pun kena buat lepastu tambah lagi dengan video yang kena buat tiap minggu. Eh ni bukan mengeluh, meluahkan isi hati je. Menangis tu dah jadi kawan baik aku dah bila mental tak kuat. Tapi depan orang kenalah tunjuk kita kuat kan. Tiap hari sebelum pergi kelas aku akan ambil mak aku meniaga. Ada satu hari tu aku nak cepat ambil mak takut masuk kelas amali lambat tapi aku tak bawa kereta laju pun entah macam mana boleh jadi pun tak tahu aku terlanggar pulak belakang kereta orang. Ini pengalaman pertama aku sepanjang ada lesen. Mula-mula aku tak takut sebab tengok kereta orang tu tak ada apa tapi yang buat aku takut dia kata kos untuk repair kereta dia yang tak rosak apa tu rm300 lebih. Masa tu aku dah takut, mana aku nak dapat duit kalau lebih dari RM300. Aku dah tak dapat fikir apa aku pun bagi no telefon. Lepas je kejadian tu aku asyik tengok telefon takut orang tu call bagitahu harga repair tu. Tapi nasib baik alhamdulilah orang tu sampai sekarang tak call pun aku. Jimat duit poket. Jadi untuk pembaca semua memandulah dengan berhemah jangan lalai dan jangan jadi macam aku la ya. hehehehe
Apa-apa pun aku berterima kasih untuk semua ahli Gadis Trex Production yang banyak membantu untuk meghasilkan tugasan yang terbaik ini. Korang semua memang terbaik! Seronok berkerja sama-sama. Terima kasih tak terhingga juga kepada Prof kerana memberi tugasan yang menarik yang sebelum ni tak pernah tahu pun. Setiap tugasan yang prof bagi memang sesuatu yang aku baru dan tugasan ni yang merapatkan hubungan kami semua.