Bab 1 di dalam buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori
dan Aplikasi” menerangkan kajian wacana. Wacana merupakan bahasa yang digunakan
oleh individu atau kumpulan dalam bentuk ucapan, interaksi, tulusan dan teks. Kedudukan
wacana terdapat di atas tingkat ayat. Wacana juga mengunakan system komunikasi
sama ada dua atau lebih orang. Setiap wacana perlu mengandungi ayat yang
bermakna serta mengandungi situasi yang mampu dikaitkan dengan ayat tersebut.
Pertukaran idea secara lisan, wacana dapat dikenali dengan lebih baik. Di dalam
bab 2 pula menceritakan mengenai teori pendekatan wacana. Pendekatan yang
sesuai juga diperlukan supaya proses ini berjalan dengan lebih baik.Menurut
Brown & Yule (1983) terdapat empat jenis elemen wacana iaitu pra andaian,
implikatur, rujukan dan inferens manakala menerut Stubbs (1983) beliau mengkaji
unit linguistik seperti dalam teks tulisan. Teori beliau memfokuskan kepada linguistik
wacana dengan member penekanan kepada pendekatan linguistik wacana, kebolehramalan,
fonotaktik, tatabahasa, intuisi tentang urutan wacana, Kebolehramalan dan idea.
Di dalam bab 3 pula, kajian analisis wacana tekstual dan ujaran meliputi tiga
kajian wacana iaitu tekstual lirik lagum wacaba tekstual cerita sosial dan
ujaran dalan kalangan kanak-kanak-autisme.
Bab 4 di dalam buku ini memberi penekanan kepada strategi
komunikasiStrategik komunikasi menerangkan mengenai kepentingan komunikasi.
Komunikasi boleh berlaku dalam bentuk kumpulan kecil dan kumpulan besar. Komunikasi
juga boleh berlaku melalui peralatan digital yang terkini bagi tujuan
penyampaian mesej dengan lebih cepat dan berkesan. Terdapat juga komunikasi
yang berlaku secara bahasa isyarat. Pendekatan Strategi Komnukasi juga terdapat
di bab 5, taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi Normaliza Abd Rahim
(2018e) juga telah membuat 16 pendekatan seperti singkatan, perkataan baharu
tiada makna, penafian, persoalan, perulangan, perujukan dan pembetulan kendiri.
Bab enam merupakan bab yang menerangkan kajian mengenai analisis strategi
komunikasi dalam kalangan kanak-kanak.
Kajian ini telah memfokuskan kepada pelajar sekolah rendah yang berumur 11 dan
12 tahun di
Selangor. Kajian ini telah menggunakan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi.Di dalam bab 7 terdapat cadangan kajian akan datang yang boleh dibuat oleh pengkaji lain.Bab ini memberi cadangan kajian yang berkaitan dengan kajian wacana dan strategi komunikasi. Implaksi buku ini dapat membantu mereka yang tidak mengetahui mengenai wacana dapat memahaminya dengan lebih mudah dan jelas.
Brown, G., & Yule, g (1983). Discourse Analysis. Cambridge: Cambridge Universitiy Press.
Normaliza Abd Rahim. (2018e). Communication Strategy Taxonomy: A New Perspective. IUKL Research Journal, 7 (1): 11-16
Normaliza Abd Rahim. (2019) Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Stubbs, M (1983) Discover Analysis: The Sociolinguistic Anaysis of Natural Language Oxford: Blackwell.
Buku ini berhargs: RM20