Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan KalimatSatu2019

Ketika dan Kalimat

Assalmualaikum, Selamat Sejahtera, வணக்கம், 你好

Sepanjang belajar semasa semester akhir dari minggu pertama sehingga minggu empat belas ni ya Allah serious cakap banyak dugaan, pengalaman dan benda baru aku hadapi. Kita cerita yang gembira dulu baru yang tak gembira yaaa... 😆

Paling gembira semester ni sebab tak sabar nak habis belajar (tak sedar diri hidup selepas belajar lagi seram). Dalam semester ni aku rasa aku lebih banyak bercakap berbanding semester sebelum ni. Salah satu sebab aku sentiasa banyak cakap ialah semester ni aku ambil Multimedia dalam bahasa. Subjek ni yang membuat aku lebih dekat dengan kawan-kawan rasanya lah 😂 Paling penting yang aku rasa gembira bila buat tugasan yang diberikan aku jadi lebih berani untuk berkomunikasi dengan orang dan untuk menampilkan diri di depan orang ramai. Bayangkan jela untuk menghasilkan sesebuah video terutama sekali video one shot three layer yang memerlukan kami untuk berlakon di depan orang ramai. Untuk mendapatkan markah yang terbaik semua bendalah kami sanggup buat. Daripada yang kaku berlakon dan menari sampai dah boleh jadi penari latar Siti Nurhaliza (gituu). 

Semester ni juga semester yang paling kelam kabut aku pernah rasa sebab tiap minggu ada tugasan dan tiap minggu kena pastikan tugasan tu siap. Nak siapkan PITA tu satu hal, amali minor pun kena buat lepastu tambah lagi dengan video yang kena buat tiap minggu. Eh ni bukan mengeluh, meluahkan isi hati je. Menangis tu dah jadi kawan baik aku dah bila mental tak kuat. Tapi depan orang kenalah tunjuk kita kuat kan. Tiap hari sebelum pergi kelas aku akan ambil mak aku meniaga. Ada satu hari tu aku nak cepat ambil mak takut masuk kelas amali lambat tapi aku tak bawa kereta laju pun entah macam mana boleh jadi pun tak tahu aku terlanggar pulak belakang kereta orang. Ini pengalaman pertama aku sepanjang ada lesen. Mula-mula aku tak takut sebab tengok kereta orang tu tak ada apa tapi yang buat aku takut dia kata kos untuk repair kereta dia yang tak rosak apa tu rm300 lebih. Masa tu aku dah takut, mana aku nak dapat duit kalau lebih dari RM300. Aku dah tak dapat fikir apa aku pun bagi no telefon. Lepas je kejadian tu aku asyik tengok telefon takut orang tu call bagitahu harga repair tu. Tapi nasib baik alhamdulilah orang tu sampai sekarang tak call pun aku. Jimat duit poket. Jadi untuk pembaca semua memandulah dengan berhemah jangan lalai dan jangan jadi macam aku la ya. hehehehe 

Apa-apa pun aku berterima kasih untuk semua ahli Gadis Trex Production yang banyak membantu untuk meghasilkan tugasan yang terbaik ini. Korang semua memang terbaik! Seronok berkerja sama-sama. Terima kasih tak terhingga juga kepada Prof kerana memberi tugasan yang menarik yang sebelum ni tak pernah tahu pun. Setiap tugasan yang prof bagi memang sesuatu yang aku baru dan tugasan ni yang merapatkan hubungan kami semua. 

Itu sahaja cerita aku. Terima kasih, Thank you, நன்றி, 谢谢







BBM3410: Youtube (Video Berkumpulan)

Berikut merupakan link bagi video one shot three layer. Di dalam penghasilan video ini saya merupakan salah seorang pengarah. Bagi menghasilkan video ini terdapat kesukaran yang kami hadapi iaitu mencari lokasi yang bersesuaian. Berikut merupakan link video kami

https://www.youtube.com/watch?v=1vrPlLe_Dyk&t=13s


BBM3410Satu2019: Youtube (Video Berkumpulan)

Bagi video one shot two layer, kami memilih lagu 'sakit' nyanyian daripada Iamneeta. One shot two layer ini merupakan video yang mempunyai penceritaan dibelakang penyanyi. Berikut merupakan link video kami

https://www.youtube.com/watch?v=xRQEKe56ZhM

BBM3410Satu2019: Youtube (Video Berkumpulan)

Video di bawah ini merupakan video pertama yang telah dibuat oleh kumpulan kami. Kami telah memilih lagu nyanyian Siti Nurhaliza iaitu anta permana sebagai video onse shot kami.

BBM3410Satu2019: Youtube (Video Berkumpulan)

Berikut merupakan video flat lay makanan, barang, manusia, minuman dan buah-buahan. Flat lay terdiri daripada zero flat lay, quarter flat lay, half flat lay dan flat lay biasa. Di bawah ini merupakan link bagi video kami

https://www.youtube.com/watch?v=1CAdTNhLR9Y

Wednesday, December 11, 2019

BBM3410Satu2019: Youtube (Video Berkumpulan)

Video ini merupakan video yang memaparkan gambaran bagi 10 jenis simpulan bahasa. Simpulan bahasa tersebut tidak diletakkan makna namun makna dapat ditafsir daripada perwatakkan yang telah dibuat oleh setiap ahli. Berikut merupakan link video kumpulan kami:

https://www.youtube.com/watch?v=XvBh9WqwPig

BBM3410Satu2019: Youtube (Video Berkumpulan)

Berikut merupakan video mengenai gambar potret dan swafoto. Di dalam video ini kami telah mengambil potret bagi semua ahli dan saya merupakan salah seorang pengarah yang mengatur gambar setiap ahli kumpulan. Berikut merupakan link video kami:

https://www.youtube.com/watch?v=TG3kik4C6ZA


BBM3410Satu2019: Youtube (Video Berkumpulan)

Di dalam video fotografi 2 kami sekumpulan telah memuatnaikan video yang mengisinya terdapat gambar pemandangan, pendua cermin, pendua air, bayang manusia, bayang manusia dan objek, kabur manusia, kabur haiwan, kabur tumbuhan, kabur objek dan sillhoutte. Daripada penggambaran ke semua gambar ini brulah saya mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis gambar dan cara untuk mengambil gambar tersebut. berikut merupakan link video kami

https://www.youtube.com/watch?v=HEz9vYctOHM


BBM3410Satu2019: Twitter



Di dalam bahagian ini saya telah menerangkan mengenai Alim yang membawa kek cawan ke sekolah dan menceritakan mengenai hobinya. Cerita Alim ini telah diambil daripada Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim dan telah mendapat 1 retweet dan mendapat 2 like. 




BBM3410Satu2019: Twitter

Di dalam post ini saya telah memuat naik gambar bersama buku dengan membuat 'caption' mengenai pendekatan analisis wacana yang telah dibuat oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim.





BBM3410Satu2019: Twitter

Berikut merupakan post mengenai perkara yang telah saya retweet. 7 perkara telah di'retweet' dan ditulis semula di dalam buku Eh!!! Media. 



BBM3410Satu2019: Twitter

Di dalam post ini saya telah menceritakan mengenai Mahsuri. Saya menceritakan mengenai Mahsuri di dalam post ini kerana Mahsuri dibunuh tanpa sebab dan tidak dapat membela dirinya sendiri. 




BBM3410Satu2019: Twitter

Berikut merupakan post saya di Twitter mengenai cerita mengenai Hati yang telah diambil daripada buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim. Tweet ini telah mendapat beberapa retweet dan like 😉